Kisah Seorang Pelajar Pondok

Kisah seorang pelajar pondok tahfiz di pahang 10 tahun dulu yang sempat aku rakam dalam kamus hidup ku. Kisah ini banyak memberikan kesan dalam hidup ku sehingga sekarang.

kisah seorang pelajar pondok

Ketika aku nak balik bercuti dari sekolah aku ke kampung halaman di Muadzam Shah, aku terserempak dengan seorang budak nie. Jalannya menjaga pandangan, tunduk kebawah saja. Dia duduk si satu sudut di tepi kiosk yang menjual jagung rebus dan waffle.

Aku cuba lah tegur dia, nak buat kawan. Pada mulanya dia macam agak kekok. Tapi lama kelamaan nampak dia dah macam relaks sikit dah. Waktu tu aku dah tukar baju batik sekolah aku. Aku pakai baju biasa. Dia ingat aku “stranger” nak pow duit dia kot.

Saja lah aku nak citer kisah seorang pelajar pondok nie kat sini sebab aku tak nak pengajaran daripada pengalaman nie aku lupa nanti.

Ok sambung balik, aku tanya dia “Ka belajor dekat mana sekarang nie” , dia cakap dia belajar dekat Madrasah Al Irsyad. Owh dekat je la dengan sekoloh aku kata aku dalam hati.

Dari situ start lah rancak kami berbual, dia cerita yang ayah dia dah takde. Ni tinggal dengan mak dia dengan 5 orang adik bawah dia. Semua kecik-kecik lagi. Dia pilih nak belajar di Tahfiz sebab dia nak kene “kemas” ilmu agama. Adik-adik dia dah takde ayah.

Kalau nak cerita memang panjang kami bersembang, jadi aku ringkaskan pengajaran yang aku belajar dari kisah kawan aku tadi tu seorang pelajar pondok.

  1. Jagalah pandangan, mereka kalau di Tahfiz tu memang amat menjaga pandangan kerana itu memberi kesan kepada hafazan mereka
  2. Solat di awal waktu. Dia cakap, kalau kita tak jaga “hak Allah”, macam mana Allah nak jaga hak kita.
  3. Bina tabiat yang baik. Nak bina tabiat yang baik perlukan masa. Contoh bangun solat tahajjud pukul 5 pagi. Susah, memang susah. Tapi bila dah terbiasa dengan tabiat tu, mende jadi mudah.
  4. Dan yang aku paling terasa sekali ialah, kita hidup di dunia nie, yang paling besar ialah Allah. Jangan kita jadikan urusan lain lebih besar dari urusan kita dengan Allah.

Itu lah sedikit sebanyak kisah seorang pelajar pondok yang aku jumpa waktu aku tercari-cari halatuju hidup dulu. Maklum lah dulu ada skin head lah, punk lah, rempit lah. Baru nak up katakan.

Ok semoga korang beroleh manfaat.

Adios!

admin
 

Click Here to Leave a Comment Below 0 comments

Leave a Reply:

Bro perlukan apa-apa bantuan?

Bro boleh wasap saya dengan klik link ini. Saya tak boleh pickup call sebab tengah kerja.

Manager

Wan

Online

Wan

Salam Bro Ada Apa Saya Boleh Bantu? 00.00